Monday 24 September 2012

Bakar Lemak Dengan Karbohidrat

Lemak terbakar dengan kehadiran karbohidrat? Marah pengikut tegar Atkin apabila baca kenyataan ini. Kenapa karbohidrat penting dalam diet? Pertamanya karbohidrat adalah sumber segera tenaga untuk melakukan aktiviti termasuk aktiviti jenis aerobik dan anaerobik. Apabila kekurangan karbohidrat, akan menyebabkan protein melalui proses gluconeogenesis yang mana menukarkan protein ke glukosa.

Karbohidrat adalah sumber utama metabolik. Ia diperlukan untuk membakar lemak sepenuhnya. Kekurangan karbohidrat akan menyebabkan berlaku proses ketosis. Ketosis melibatkan pemecahan protein dan pembakaran lemak tidak lengkap yang menghasilkan ketone bodies. Kenapa badan perlu memecahkan protein? Sebab badan memerlukan glukosa. Jadi seeloknya cukupkan keperluan glukosa atau rendahkan? Apabila kekurangan karbohidrat dan juga protein yang mana saya percaya, majoriti pengikut tegar Atkin tidak mengambil protein yang mencukupi akan menyebabkan pembakaran otot.

Dalam bahasa mudah;
Rendah karbohidrat = Rendah tenaga = Kurang mampu melakukan latihan berintensiti tinggi = Kurang mampu bertahan lama dalam senaman aerobik = Mengurangkan peluang badan membakar lemak menerusi senaman aerobik dan latihan bebanan

Saya pernah cerita sebelum ini, karbohidrat dan lemak perlu ditukar ke bentuk acetyle CoA sebelum memasuki peringkat metabolik aerobik. Ini apa yang kita panggil kitar asid citrik. Dalam bahasa mudah, glukosa dan lemak ibarat pasangan. Mereka perlu bersama. Jika tiada pasangan, lemak perlu juga kehadiran karbohidrat untuk dibakar, jadi dalam keadaan terpaksa, protein akan ditukar ke karbohidrat.

No comments:

Post a Comment