Monday 24 September 2012

BODYSHAPE IDAMAN

 


Bagaimana menentukan diet mengikut jenis badan?
Menentukan keperluan kalori
Mesomorph – Berat badan (lbs) x 15
Ectomorph – Berat badan (lbs) x 16.5
Endomorph – Berat badan (lbs) x 13.5
Sebagai contoh, jika seorang mesomorph dengan berat 200 lbs. 200 x 15 = 3000. Jika dia menyasarkan hilang 1lbs lemak seminggu, 1lbs lemak = 3500 kalori, jadi sehari 500 kalori. Keperluan kalori sehari 3000 – 500 = 2500
Kekerapan makanan
Mesomorph – Makan setiap 2.5 – 3.5 jam
Ectomorph – Makan setiap 2 – 3 jam
Endomorph – Makan setiap 3.5 – 5 jam

 Keperluan protein
Mesomorph – 1.2g / lbs berat badan
Ectomorph – 1.5g / lbs berat badan
Endomorph – 1.4g / lbs berat badan

Keperluan lemak
Mesomorph – 17-23% daripada jumlah kalori
Ectomorph – 24-28% daripada jumlah kalori
Endomorph – 23-28% daripada jumlah kalori

Kepeluan karbohidrat
Tolakkan protein dan lemak yang dah dikira dengan keperluan kalori. Mengambil daripada contoh di atas. Keperluan protein 200 x 1.2 = 240. 1g protein bersamaan dengan 4 kalori, jadi 240 x 4 = 960. Manakala lemak, 20% daripada 3000 = 600. Maka, 960 + 600 = 1560. Karbohidrat, 2500 – 1560 = 940. 1g karbohidrat bersamaan dengan 4 kalori, maka 940 / 4 = 235g karbohidrat.
Nota: Kiraan ini lebih untuk proses pemotongan. Untuk membesarkan badan boleh pusingkan, karbohidrat lebih daripada protein atau samakan keperluan protein dan karbohidrat.

Nota:
1g protein = 4 kalori
1g karbohidrat = 4 kalori
1g lemak = 9 kalori

No comments:

Post a Comment